Monday, December 7, 2009

Selamat....sejahtera

Selamat memasuki semester baru kepada rakan2...

belajar molek-molek =)

Sunday, November 29, 2009

Langit tak selalunya indah...

Orang tua2 kaya dengan kata2...

di sini ada beberapa contoh...

"Yang patah tumbuh...yang hilang berganti"...

"bunga bukan sekuntum...kumbang bukan seekor"

dan satu lagi....

"berat mata memandang...berat lagi bahu memikul"

walau apa pun...

kita mesti yakin...

ALLAH LEBIH MENGETAHUI...redha dengan ketentuanNya...

Thursday, November 12, 2009

Dragon zakura


Dragon Zakura movie...best jugak...




Sakuragi Kenji is a destitute lawyer and one-time member of a motorcyle gang trying to guide failing high school students with an average score of 36 into Japan's most prestigious educational institution, Tokyo University (Toudai)...

Wednesday, November 11, 2009

Career Fair

dengar cite ada Career Fair kat PWTC 14-15 November ni...

kawan2 yang rasa da grad tu, kalau rasa2 berminat leh la pi program ni....sekian

Monday, November 2, 2009

rasa dekat





hurm...untuk exam kali ni rasa macam tak berapa semangat nak study...tapi nak tak nak kena study jugak...


mungkin hati rasa sayu kot..


pada sahabat2 di atas...

perkenalan yang walaupun singkat...tapi amat bermakna...

" Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir...tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"...

kenang daku dalam doa kalian (",)

Sunday, November 1, 2009

Final Exam

Selamat menempuh final exam kepada semua rakan2...

Buat yang terbaik...study smart...

salah silap harap diampunkan...

maataufiq wannajah =)

Sunday, October 25, 2009

Penggabungan...

Semalam (25th Oct 09), usai sesi dialog bersama Dato' Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, saya bertemu dengan Muiz...

Muiz beritahu yang Research & Education Bureau (RnE) together with Training & Career Bureau (TnC) of SCIENCESS will be merged as 1 Bureau for the tenure 09/10...Biro ini akan ada satu HC dan 3 orang assistant...

Wah!!!

tak sabar nak tengok transformasi biro2 yang ada sekarang...diharapkan agarkan Biro2 SCIENCESS kali ni akan lebih giat menjana program yang bermutu untuk para pelajar...ambil iktibar daripada kesilapan dan kegagalan yang lepas...

Friday, October 23, 2009

Cabaran 7c's

Ada 7c's yang akan jadi cabaran selepas graduate dan melangkah ke alam pekerjaan:

1) Career - terkadang kerjaya kita akan menyebabkan kita terlalu sibuk dan melupakan tanggjawab kita sebagai da'ie.

2) Credit card - salah satu cara berhutang bagi orang zaman sekarang...orang ramai selalu baca dalam doa yang dalam mathurat agar dijauhkan daripada belenggu hutang...tapi adakah mereka sedar dan paham apa yang mereka baca? Renung2kan la...

3) Car - pada zaman sekarang, kenderaan boleh dikatakan sebagai keperluan terutamanya bagi mereka yang bercita2 mahu meneruskan perjuangan di jalan Allah...tapi beberapa perkara perlu diambil kira sebelum memilih untuk membeli sesebuah kenderaan...pakej pinjaman dan kemampuan berbelanja haruslah diambil kira bagi memudahkan diri untuk merancang perbelanjaan lain.

4) Condominium- Rumah...memang penting...tapi bagi mereka yang berjiwa da'ie, mereka harus cuba untuk lari daripada keselesaan rumah.jangan hanya duduk dalam umah sehingga tidak "terjun" ke dalam masyarakat.

5) Club House- Mungkin perkara ni agak asing bagi para pelajar...tetapi tidak mustahil akan terjebak dalam rutin macam ni apabila sudah bekerjaya nanti.

6) Comfort Zone- Inilah apa yang dikatakan jiwa santai...lupa segala apa yang dah diperjuangkan selama ni bila sudah berada dalam zon selesa... Islam tidak berkembang dalam persekitaraan yang selesa...jika ditinjau sirah nabawiyah, Islam yang semakin ditekan, semakin cemerlang Islam itu...

dan yang terakhir:

7) Companion- perkara yang perlu diambil serius...berdasarkan ceramah malam tadi, penceramah merumuskan bahawa perkara ini menjadi antara faktor terpenting dalam menjamin survival dakwah...silap pilih pasangan, anda boleh gagal dalam kerjaya,anda boleh gagal pengurusan perbelanjaan...natijahnya, semangat menjadi da'ie akan luntur dan Islam terus terus terpinggir.

AGD SCIENCESS

Sedikit pandangan mengenai AGD kali ni...mungkin saya bukan lagi exco SCIENCESS...anggap sahaja luahan daripada seorang student KoS yang mahu perkara2 ini dikawal pada AGD akan2 datang...

1) Kemunculan persembahan yang menampilkan genre lagu yang agak rancak...

Saya tahu ramai student KoS yang berbakat dalam bidang seni suara ni...tapi persembahan yang ditampilkan oleh 3rd year student yang membawa muzik rock dalam satu majlis yang dihadiri oleh DDSA,lecturer2 dan staff KoS kelihatan tidak kena pada tempat dan waktunya...bukanlah saya katakan yang saya setuju bahawa band2 seperti ini dibenarkan untuk program2 SCIENCESS akan datang, tapi saya mempertikaikan persembahan seperti ini "dihidupkan semula" pada majlis besar SCIENCESS.tambahan pula, program ni berlangsung di luar UIA.kita bawak imej universiti Islam.agak2nya, apala yang difikirkan olehh pekerja2 VISTANA HOTEL haritu pasal student KoS ni?hurmm.....

harapan saya, semoga lantikan baru SCIENCESSS kali ini lebih peka dan mampu merubah budaya yang terlalu menyanjung hiburan ini. Tidak salah untuk berhibur, tapi biarlah kena dengan status kita sebagai pelajar Universiti Islam....rasanya ada banyak lagi persembahan yang boleh dibuat selain "Band Performance" kan??

2) Penyertaan daripada 4th year student yang agak sedikit
Secara jujur saya katakan, pada mulanya saya sangat keberatan untuk pergi AGD kali ini...tapi bila terdengar berita yang commitee mahu menyambut bekas exco2 SCIENCESS dan 4th year student, saya mula menilai kembali keputusan saya untuk pergi...terbayang mungkin ada slot khas untuk exco2 lama untuk bekerjasama menjayakan program kali ni...tapi x sangka sangkaan saya meleset.x de pape pon yang ada kecuali makanan dan persembahan..kehadiran 4th year student juga agak kurang...kenapa ye? entah la...


3) Etika pakaian dan pergaulan antara brothers and sisters
saya setuju ngan pandangan saudara jazli...maka saya rasa, saya akan "qoute" pandangan Jazli untuk membicarakan soal ini...

pandangan Jazli:

"I'm not intentionally targeting the sisters when it comes to attire, but honestly, when do the brothers ever dress "inappropriately"? The brothers never dress without covering their aurat, and there is normally no problem with anything the brothers wear. But with the sisters, it's entirely different. Some, not all, some wear excessive make-up, some, again SOME dress with style being the more important influence rather than our Islamic principles. I understand that the AGD is the one time where sisters can express themselves and show off their fashion prowess, but it IS possible to be stylish without compromising your Islamic principles of dressing. Unfortunately, some wear their tudung without covering their chest, some wear tight clothes, some wear short sleeves, you don't have to do all that to be stylish. You can be stylish and still cover your aurat properly.

And of course with all the stylo-mylo dressing, we all want to take photos. This is an area where even I made the mistake of taking "couple" photos i.e. photos with one bro and one sis. Some might not see this as an issue, but really it is. I mean, there really is no good reason why a bro and a sis should take photos together, unless its like a group photo, a batch photo. I know sometimes its tempting to take photos with that special "someone" or to take photos with someone else whose attire matches your own, but we can do without it right? I mean its not vitally important.

Again I want to stress that I'm not targeting anyone in particular, just reminding everyone, even myself, that we need to improve our behaviour. Besides, by posting photos on FB, we allow many other people to see them, not just our friends. And because of that, some comments that I got were like "apa yang UIA-nyer...perempuan dressing tak tutup aurat pun" or "UIA boleh eh amik gmbr cpl2?".

When our university is an Islamic university, the students should reflect that. And we need to remember that we don't only reflect on the university with our actions, but our actions more importantly reflect our religion.


Teringat kembali seawal saya diberi amanah untuk menjadi wakil dalam SCIENCESS... ada feedback daripada student yang mengatakan program2 SCIENCESS tidak Islamic...dan saya rasa semua exco2 SCIENCESS juga beikrar untuk cuba mengikis tanggapan sedemikian...tapi adakah pelaksanaan kita tepat dengan ikrar tersebut?

Saya bukan menyalahkan siapa2...saya tahu pihak2 pimpinan sedar tanggungjawab mereka dan mereka cuba sehabis baik...dan diharapkan student2 lain juga sedar perkara ni...students KoS adalah cerminan kepada SCIENCESS...kalau baik students2 KoS, baik jugalah SCIENCESS...

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1)Wahai kawanku,

Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku,

Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku,

Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita...
Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku,

Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?
Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku,

Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah
yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi
Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku,

Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah
kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau
Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku,

Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!
Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita...
Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku,

Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku,

Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!
Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku,

Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan.
Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..)
Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!!
Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

Satu Permulaan

Moga blog kali ini menjadi suatu wadah buatku untuk berubah ke arah yang lebih baik...

Ameen...