Friday, October 23, 2009

Cabaran 7c's

Ada 7c's yang akan jadi cabaran selepas graduate dan melangkah ke alam pekerjaan:

1) Career - terkadang kerjaya kita akan menyebabkan kita terlalu sibuk dan melupakan tanggjawab kita sebagai da'ie.

2) Credit card - salah satu cara berhutang bagi orang zaman sekarang...orang ramai selalu baca dalam doa yang dalam mathurat agar dijauhkan daripada belenggu hutang...tapi adakah mereka sedar dan paham apa yang mereka baca? Renung2kan la...

3) Car - pada zaman sekarang, kenderaan boleh dikatakan sebagai keperluan terutamanya bagi mereka yang bercita2 mahu meneruskan perjuangan di jalan Allah...tapi beberapa perkara perlu diambil kira sebelum memilih untuk membeli sesebuah kenderaan...pakej pinjaman dan kemampuan berbelanja haruslah diambil kira bagi memudahkan diri untuk merancang perbelanjaan lain.

4) Condominium- Rumah...memang penting...tapi bagi mereka yang berjiwa da'ie, mereka harus cuba untuk lari daripada keselesaan rumah.jangan hanya duduk dalam umah sehingga tidak "terjun" ke dalam masyarakat.

5) Club House- Mungkin perkara ni agak asing bagi para pelajar...tetapi tidak mustahil akan terjebak dalam rutin macam ni apabila sudah bekerjaya nanti.

6) Comfort Zone- Inilah apa yang dikatakan jiwa santai...lupa segala apa yang dah diperjuangkan selama ni bila sudah berada dalam zon selesa... Islam tidak berkembang dalam persekitaraan yang selesa...jika ditinjau sirah nabawiyah, Islam yang semakin ditekan, semakin cemerlang Islam itu...

dan yang terakhir:

7) Companion- perkara yang perlu diambil serius...berdasarkan ceramah malam tadi, penceramah merumuskan bahawa perkara ini menjadi antara faktor terpenting dalam menjamin survival dakwah...silap pilih pasangan, anda boleh gagal dalam kerjaya,anda boleh gagal pengurusan perbelanjaan...natijahnya, semangat menjadi da'ie akan luntur dan Islam terus terus terpinggir.

0 comments:

Post a Comment