Tuesday, September 7, 2010

Refleksi Ramadhan

ramadhan bakal berakhir...

masih teringat slot tazkirah yang diberikan oleh Abah selepas subuh minggu lepas di Masjid Jamek Al-Ijtima'iah, Tebuk Pulai yang banyak mengupas topik mengenai "checklist performance" kita di bulan Ramadhan

apa sebenarnya objektif amalan yang dilaksanakan dalam universiti Ramadhan kali ini? adakah setelah mengharungi 3 semester dalam bulan Ramadhan ini, kita masih seperti dulu? tiada perubahan positif?...sama2 la kita renungkan dan muhasabah diri...

moga Ramadhan kali, kita memperoleh TAQWA ("TA" "QAF" "WAW" "YA") yang diharap2kan...

TA- tawadhu'
QAF- Qanaah (berpada dengan apa yang ada dalam perkara duniawi)
WAW- wara'
YA - YAkin akan segala amalan diterima, dan sentiasa berharap segala dosa diampuni....

semoga kita semua mendapat pengampunan daripada ALLAH...sesungguhnya sangat celaka dan malang sekiranya kita meninggalkan Ramadhan kali ini tanpa mendapat pengampunan daripada ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...

1 comments:

محمد زهراوي said...

pohon perkongsian ttg baitul muslim..hehe..


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

Post a Comment