Wednesday, September 1, 2010

suntikan semangat

Baru- baru ini saya mendapat khabar mengenai musibah yang dialami adik2 di uia kuantan...walaupun tidak pernah mengenali mereka, tapi sebagai bekas warga yang pernah belajar di sana, saya turut merasai rasa dukacita atas kemalangan yang menimpa mereka...

Perkara yang sangat mengusik hati ini apabila dikhabarkan bahawa mereka ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan pulang dari pengajian talaqqi kitab di Ba'lawi. Sanggup bersusah payah datang walau jauh. Hanya demi menuntut ilmu dan redha Allah.

Ya Allah..tabahkan hati2 mereka...kuatkan mereka...sembuhkan mereka...Janganlah Engkau bawa pergi mereka dulu kerana dunia ini masih memerlukan mereka untuk memperjuangkan dakwah hanya kerana Mu, ya ALLAH....

p/s: semoga perjuangan adik2 ini juga memberi lebih suntikan semangat buatku untuk terus serius menyumbang dalam perjuangan dakwah juga...Ya ALLAH, berilah hamba Mu ini kekuatan juga.... ameen

0 comments:

Post a Comment